Thursday 21 July 2011

PEREMPUAN DAN 'SALES'

Dari bulan lepas isteri dan anak-anak sudah sibuk cerita pasal persiapan raya.  Walhal puasanya pun belum lagi!

Kata mereka persiapan raya kena dibuat awal kerana semua memakan masa.  Tukang jahit mahu tempahan awal, dan kalau lambat tidak akan diterima.

Sekarang sudah ada 'sales' pula.  Maka semakin parah jadinya.  Macam-macam yang mereka mahu beli.

Kata anak lelaki, 'Perempuan macam tu la Baba!'

Kalau difikirkan betul juga.  Anak lelaki masih selamba saja.  Cuma minta peruntukan lebih saja sempena raya ni.

Sunday 3 July 2011

BAHANA KURSUS MOTIVASI

Dua minggu berkursus tu meletihkan juga.  Macam-macam perkara ada dalam agenda.

Bukan sekadar ada ceramah dan bengkel.  Tetapi ada riadah pagi dan petang, ada kuliah Subuh dan ada treking di hutan juga.

Selain tu ada projek kumpulan dan juga lawatan luar.  Pendek kata penuh padat la.  Tidur pun tak boleh cukup lapan jam.

Selepas kursus, demam tiga hari.  Alhamdulillah hari ini rasa sudah pulih.