Tuesday 13 December 2011

MAYA SEMAKIN SEPI

Terasa Maya ni amat sepi.  Tak tahu la mengapa.

Kalau diri sendiri tu terasa malas saja.  Mungkin ada yang rasa sama sedemikian juga.

Tengok la dalam masa ke depan terdekat ni.  Harap-harap selepas cuti sekolah nanti suasana di Maya akan jadi lebih baik.

Monday 28 November 2011

MANUSIA SUKA BERSELINDUNG DALAM BERBOHONG

Memang benar kan?  Manusia ini suka sangat berselindung dalam berbohong dan segala perbuatan jahat mereka.  Mereka mempamirkan diri sebagai hero, tetapi sebenarnya mereka mempunyai kepentingan diri!

Apa yang menyedihkan ialah majoriti juga ikut-ikutan menyokong perbuatan sedemikian.  Berbagai hujjah dikemukakan untuk menguatkan kewajaran perbuatan jahat mereka.

Perbuatan yang begitu adalah amat berdosa.  Kita orang Islam mesti menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan sedemikian.

Bersempena Tahun Baru Hijrah ini, marilah kita berhijrah kepada kebaikan.  Sama-samalah kita kukuhkan diri dengan lebih beriman dan takutkan pembalasan yang amat pedih dari Allah SWT.

Semoga kita dijauhkan dari termasuk golongan begini dan mendapat perlindungan Illahi.  Amin.

Monday 7 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah, kita telah pun sampai ke bulan terakhir kalendar Islam.  Di bulan Dzulhijjah yang mulia ini, kita merayakan Hari Raya Korban pula pada hari kesepuluhnya.

SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L A D H A

Semoga kita semua terus mendapat rahmat rezeki yang diberkati. Amin.

Monday 17 October 2011

JAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK

Mengikut statistik memang ramai anak-anak menjadi mangsa keadaan.  Ada anak-anak yang hidup mereka terumbang-ambing kerana ibu-bapa sentiasa berantakan dan tidak menguruskan anak-anak dengan baik.  Sementara itu ada pula anak-anak yang terbiar kerana ibu-bapa bercerai.

Sungguh sedih melihat mereka yang akhirnya menjadi hamba dadah dan hidup dengan begelumang dosa dan noda.  Kebanyakan mereka ini tidak cukup dengan ilmu dunia dan akhirat.

Tidak sepatutnya berlaku seperti ini.  Biarpun ibu-bapa bercerai ataupun ada masaalah, anak-anak mesti juga mendapat perhatian dan didikan terbaik.  Kebajikan anak-anak tetap mesti di jaga.

Saya juga menghadapi masaalah dengan perkahwinan pertama.  Akhirnya kami terpaksa bercerai.

Tapi saya pastikan anak-anak dengan isteri pertama terus bersekolah dan meneruskan pelajaran hingga peringkat tertinggi.  Biarpun tidak disukai bekas isteri, saya tetap kunjungi juga anak-anak sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.  Alhamdulillah mereka semua berjaya menjadi anak-anak yang baik dan berjaya.

Friday 30 September 2011

SUDAH KIPAS KAKITANGAN

Pilihanraya pastinya sudah tidak lama lagi.  Ini jelas dan nyata bila kerajaan sudah sibarkan berita nak tambahkan insentif untuk kebajikan rakyat, termasuk jentera kemanusiaannya iaitu kakitangan kerajaan.

Sejak era Mahathir lagi, setiap kali nak diadakan pilihanraya, mereka akan kipas kakitangan kerajaan dulu.  Walaupun imbuhan yang diberikan tidak sebesar mana jika dikaji dari kesan kebajikan sebenarnya, ia tetap melegakan juga mereka.

Kata orang dari tak ada, biarlah ada sedikit.  Sementelah mereka adalah hamba-hamba yang taat!

Thursday 15 September 2011

UPDATE SAJA LA

Aduhai!  Nak kata Raya sakan, tidak juga.  Tapi banyak urusan tak lancar pula.

Mungkin saja terbawa-bawa malas dan mabuk dengan sambutan Raya!  Apa tidaknya!  Sana sini orang masih buat sibuk dengan acara Hari Raya.

Ni kira update blog dulu la!  Esok Raya Enam.  Lepas tu boleh la update lagi.  Hehe.

Monday 29 August 2011

MERAYAKAN KEJAYAAN

Alhamdulillah, kita telah selamat menunaikan kewajipan Ramadhan dengan baik.  Hari ini kita akan merayakan kejayaan nya.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Semoga kita akan terus diberkati dan mendapat kebahagaiaan dunia dan di SANA nanti. Amin.

Monday 15 August 2011

MASUK GEAR TINGGI

Sudah lebih dua minggu kita selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini.  Sekarang kita masuk ke minggu ketiga.

Eloklah kita bersiap-siap untuk masuk gear tinggi dalam beribadah di bulan yang mulia ini.  Sepuluh malam terakhir semakin hampir.  Malam Lailatul Qadar ada di dalam jangka waktu ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan kekuatan serta kesihatan.  Semoga kita akan dirahmati untuk mendapat setinggi-tinggi barakah dengan melakukan sebaik ibadah di Malam Lailatul Qadar di Ramadhan ini.  Amin.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama dengan bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Kedatangannya memang dinantikan kerana ganjaran pahala yang sungguh baik untuk kita.
Semoga kita terus diberkati dengan umur yang panjang.  Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan tahun in dengan lebih baik lagi dari sebelumnya.  Amin, amin, amin.

SELAMAT BERPUASA

Thursday 21 July 2011

PEREMPUAN DAN 'SALES'

Dari bulan lepas isteri dan anak-anak sudah sibuk cerita pasal persiapan raya.  Walhal puasanya pun belum lagi!

Kata mereka persiapan raya kena dibuat awal kerana semua memakan masa.  Tukang jahit mahu tempahan awal, dan kalau lambat tidak akan diterima.

Sekarang sudah ada 'sales' pula.  Maka semakin parah jadinya.  Macam-macam yang mereka mahu beli.

Kata anak lelaki, 'Perempuan macam tu la Baba!'

Kalau difikirkan betul juga.  Anak lelaki masih selamba saja.  Cuma minta peruntukan lebih saja sempena raya ni.

Sunday 3 July 2011

BAHANA KURSUS MOTIVASI

Dua minggu berkursus tu meletihkan juga.  Macam-macam perkara ada dalam agenda.

Bukan sekadar ada ceramah dan bengkel.  Tetapi ada riadah pagi dan petang, ada kuliah Subuh dan ada treking di hutan juga.

Selain tu ada projek kumpulan dan juga lawatan luar.  Pendek kata penuh padat la.  Tidur pun tak boleh cukup lapan jam.

Selepas kursus, demam tiga hari.  Alhamdulillah hari ini rasa sudah pulih.

Saturday 18 June 2011

BIGGEST LOSER PROGRAM LUAR

Fitness First sedang dalam melancarkan program bagi mereka yang ingin untuk menurunkan berat badan dari 3 kg hingga ke 15 kg.  Pekej harganya murah juga.

Hati ini teruja juga.  Walaupun masih belum tahap obese, berat badan ni sudah makin naik.  Usaha lari-lari sendiri pun tak berkesan.  Mungkin kerana banyak makan kenduri dan kurang aktiviti.

Apapun program biggest loser di luar rancangan popular TV nampak menarik.  Harganya berpatutan dan programmnya memang disesuaikan dengan warga pekerja.

Sunday 12 June 2011

SOKONG HAZAMA JUARA

Kalau dinilai dari segi apa sekalipun, memang Hazama layak menjadi juara AF9.  Suaranya mantapnya, gayanya memukau, komitmennya tinggi dan persembahannya bermutu.

Kita patut menyokong penyanyi yang mempunyai komitmen tinggi seperti Hazama.  Dia pun memang amat versatil.

Tak tahu kenapa Hazama tidak mendapat tempat di hati juri pemilih semasa percubaannya kali pertama dulu.  Masa tu pun Hazama menunjukkan potensi tinggi.

Walaubagaimanapun kira rezeki juga.  Waktu dulu tu tiada rezeki Hazama.  Tapi hari ini rezeki memang miliknya.

Tahniah dan syabas!  Selamat maju jaya Hazama.

Thursday 2 June 2011

PENING BUDGET

Dua tiga hari ini aku juga ikut pening.  Sudah la minyak naik, gula naik, barang makan naik.  Sekarang tarif letrik pun akan naik.

Apa sudah jadi?  Kenapa slogan saja rakyat didahulukan?  Didahulukan dengan membebankan segala masaalah kewangan kepada rakyatkah?

Kalau tak kuat iman, boleh stress berat dan sakit jiwa dibuatnya.  Mana tidak, semua harga naik sedang gaji masih ciput juga!

Monday 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU

Walaubagimanapun juga, guru memang sudah diamanahkan untuk membentuk insan menjadi manusia berguna.  Banyak yang menunaikan kewajipan mereka dengan baik.

Jadi eloklah kita mengenang jasa mereka.  Sama-samalah kita memberi ucapan terima kasih sempena sambutan hari mereka hari ini.

SELAMAT HARI GURU

Tuesday 10 May 2011

KENAPA SUKA BERMAIN API

Aku pun hairan dengan akhbar Melayu.  Kenapa suka main sentimen, tambahan pula sentimen yang sensitif seperti kaum dan agama?

Macam media Melayu ni tak sensitif pula.  Sepatutnya kita yang beragama Islam lebih sensitif dan menghormati situasi.

Sudah-sudahlah dengan mentaliti murahan ni!

Monday 2 May 2011

TERINGAT IBU DAN AYAH

Malam tadi, tetiba saja terkenangkan ibu dan ayah yang sudah lama meninggal.  Mungkin kerana semalam saya melihat seorang anak yang berlaku kasar kepada ibunya yang sudah tua.  Di dalam hati terdetik, 'bila ibumu nanti sudah tiada, mesti akan rasa kehilangannya.'

Pagi ini saya memberi nasihat kepada anak-anak pula.  Oleh kerana faham sangat gelagat anak-anak muda, saya cuma berkata, 'Berbuat baik kepada ibu bapak itu dituntut.  Waktu lapang nanti bacalah apa yang Abah dapat dari penerangan Ustaz.'

Selepas itu saya tulis di papan putih besar yang digunakan semasa kelas tuisyen mereka.  Saya minta mereka jangan memadamnya sehingga kelas tuisyen yang akan datang.  Maknanya nasihat bertulis ini akan berada di situ selama sekurang-kurangnya tiga hari.

Saya kongsikan apa yang saya tuliskan di sini juga.  Mudah-mudahan dapat dimanafaatkan.

Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa itu adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya. 
  • Buktinya ada tercatat di dalam Al Quran  (Ayat 23 - 25: Surah Al Isra' ).
  • Ada Hadith sahih juga yang diriwayatkan oleh dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah.  Hadith berkenaan adalah, 'Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.'
  • 'Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.' (Luqman:14) 
  • Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar.
  • Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud, 'Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.' (Hadis riwayat Muslim)
  • Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 'Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya.' (Hadis riwayat al-Tabrani)
  • Satu lagi hadith yang menuntut supaya anak-anak berbakti kepada ibubapa ialah, 'Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w : "Aku hendak berjihad". Nabi bertanya kepadanya : "Adakah kamu mempunyai ibubapa?" Beliau menjawab : "Ya". Nabi s.a.w berkata : "Maka berjihadlah pada mereka berdua." '(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al- Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tuesday 26 April 2011

SENANG AKSES BACA

Aku daftar jadi blogger mainly pasal nak akses baca.  Adik aku cakap lagi senang.  Jadi cuba tengok la.

Harap-harap ada mahu kawan sama wa di laman mayaku ini.

Terima kasih.