Monday 17 October 2011

JAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK

Mengikut statistik memang ramai anak-anak menjadi mangsa keadaan.  Ada anak-anak yang hidup mereka terumbang-ambing kerana ibu-bapa sentiasa berantakan dan tidak menguruskan anak-anak dengan baik.  Sementara itu ada pula anak-anak yang terbiar kerana ibu-bapa bercerai.

Sungguh sedih melihat mereka yang akhirnya menjadi hamba dadah dan hidup dengan begelumang dosa dan noda.  Kebanyakan mereka ini tidak cukup dengan ilmu dunia dan akhirat.

Tidak sepatutnya berlaku seperti ini.  Biarpun ibu-bapa bercerai ataupun ada masaalah, anak-anak mesti juga mendapat perhatian dan didikan terbaik.  Kebajikan anak-anak tetap mesti di jaga.

Saya juga menghadapi masaalah dengan perkahwinan pertama.  Akhirnya kami terpaksa bercerai.

Tapi saya pastikan anak-anak dengan isteri pertama terus bersekolah dan meneruskan pelajaran hingga peringkat tertinggi.  Biarpun tidak disukai bekas isteri, saya tetap kunjungi juga anak-anak sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.  Alhamdulillah mereka semua berjaya menjadi anak-anak yang baik dan berjaya.