Monday 2 May 2011

TERINGAT IBU DAN AYAH

Malam tadi, tetiba saja terkenangkan ibu dan ayah yang sudah lama meninggal.  Mungkin kerana semalam saya melihat seorang anak yang berlaku kasar kepada ibunya yang sudah tua.  Di dalam hati terdetik, 'bila ibumu nanti sudah tiada, mesti akan rasa kehilangannya.'

Pagi ini saya memberi nasihat kepada anak-anak pula.  Oleh kerana faham sangat gelagat anak-anak muda, saya cuma berkata, 'Berbuat baik kepada ibu bapak itu dituntut.  Waktu lapang nanti bacalah apa yang Abah dapat dari penerangan Ustaz.'

Selepas itu saya tulis di papan putih besar yang digunakan semasa kelas tuisyen mereka.  Saya minta mereka jangan memadamnya sehingga kelas tuisyen yang akan datang.  Maknanya nasihat bertulis ini akan berada di situ selama sekurang-kurangnya tiga hari.

Saya kongsikan apa yang saya tuliskan di sini juga.  Mudah-mudahan dapat dimanafaatkan.

Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa itu adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya. 
  • Buktinya ada tercatat di dalam Al Quran  (Ayat 23 - 25: Surah Al Isra' ).
  • Ada Hadith sahih juga yang diriwayatkan oleh dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah.  Hadith berkenaan adalah, 'Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.'
  • 'Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.' (Luqman:14) 
  • Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar.
  • Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud, 'Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.' (Hadis riwayat Muslim)
  • Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 'Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya.' (Hadis riwayat al-Tabrani)
  • Satu lagi hadith yang menuntut supaya anak-anak berbakti kepada ibubapa ialah, 'Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w : "Aku hendak berjihad". Nabi bertanya kepadanya : "Adakah kamu mempunyai ibubapa?" Beliau menjawab : "Ya". Nabi s.a.w berkata : "Maka berjihadlah pada mereka berdua." '(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al- Tirmizi dan Ibnu Majah)

9 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Alhamdulillah. Usaha yang baik.
Insya Allah diberkati.

ROHA said...

Salam Elias.
Bagus tu!
Tak terfikir pula nak buat cara ni!

Firdii said...

Salam Elias.
Ya, cara baik ni! Boleh copycat la! Hehe.

KERI said...

Salam Elias.
Satu pendekatan yang bijak.

Noris said...

Salam Elias.
Molek! Molek!

Ari said...

Salam Elias.
Saya setuju ini pendekatan yang baik.

RAM said...

Salam Elias.
Bagus juga gayanya.

ZAZA said...

Salam Elias.
Bagus juga caranya ni.

BID said...

Salam kenal juga.
Tq ya.