Monday, 29 August 2011

MERAYAKAN KEJAYAAN

Alhamdulillah, kita telah selamat menunaikan kewajipan Ramadhan dengan baik.  Hari ini kita akan merayakan kejayaan nya.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Semoga kita akan terus diberkati dan mendapat kebahagaiaan dunia dan di SANA nanti. Amin.

Monday, 15 August 2011

MASUK GEAR TINGGI

Sudah lebih dua minggu kita selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini.  Sekarang kita masuk ke minggu ketiga.

Eloklah kita bersiap-siap untuk masuk gear tinggi dalam beribadah di bulan yang mulia ini.  Sepuluh malam terakhir semakin hampir.  Malam Lailatul Qadar ada di dalam jangka waktu ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan kekuatan serta kesihatan.  Semoga kita akan dirahmati untuk mendapat setinggi-tinggi barakah dengan melakukan sebaik ibadah di Malam Lailatul Qadar di Ramadhan ini.  Amin.

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama dengan bulan Ramadhan yang mulia tahun ini.  Kedatangannya memang dinantikan kerana ganjaran pahala yang sungguh baik untuk kita.
Semoga kita terus diberkati dengan umur yang panjang.  Semoga dapat menyempurnakan Ramadhan tahun in dengan lebih baik lagi dari sebelumnya.  Amin, amin, amin.

SELAMAT BERPUASA

Thursday, 21 July 2011

PEREMPUAN DAN 'SALES'

Dari bulan lepas isteri dan anak-anak sudah sibuk cerita pasal persiapan raya.  Walhal puasanya pun belum lagi!

Kata mereka persiapan raya kena dibuat awal kerana semua memakan masa.  Tukang jahit mahu tempahan awal, dan kalau lambat tidak akan diterima.

Sekarang sudah ada 'sales' pula.  Maka semakin parah jadinya.  Macam-macam yang mereka mahu beli.

Kata anak lelaki, 'Perempuan macam tu la Baba!'

Kalau difikirkan betul juga.  Anak lelaki masih selamba saja.  Cuma minta peruntukan lebih saja sempena raya ni.

Sunday, 3 July 2011

BAHANA KURSUS MOTIVASI

Dua minggu berkursus tu meletihkan juga.  Macam-macam perkara ada dalam agenda.

Bukan sekadar ada ceramah dan bengkel.  Tetapi ada riadah pagi dan petang, ada kuliah Subuh dan ada treking di hutan juga.

Selain tu ada projek kumpulan dan juga lawatan luar.  Pendek kata penuh padat la.  Tidur pun tak boleh cukup lapan jam.

Selepas kursus, demam tiga hari.  Alhamdulillah hari ini rasa sudah pulih.

Saturday, 18 June 2011

BIGGEST LOSER PROGRAM LUAR

Fitness First sedang dalam melancarkan program bagi mereka yang ingin untuk menurunkan berat badan dari 3 kg hingga ke 15 kg.  Pekej harganya murah juga.

Hati ini teruja juga.  Walaupun masih belum tahap obese, berat badan ni sudah makin naik.  Usaha lari-lari sendiri pun tak berkesan.  Mungkin kerana banyak makan kenduri dan kurang aktiviti.

Apapun program biggest loser di luar rancangan popular TV nampak menarik.  Harganya berpatutan dan programmnya memang disesuaikan dengan warga pekerja.